Sarawak Bakal Paten Cip Pertamanya

15 September 2026
 | 
1 min read
Featured Image

By Dickin

KUCHING, 15 SEPTEMBER – Sarawak melakar sejarah hari ini dalam mencipta cip pertama di Malaysia hasil buatan anak tempatan.

Cip berkenaan dihasilkan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Cip OP-AMP yang dibangunkan sejak tahun lalu itu berfungsi sebagai penapis isyarat dan pengubah suhu sesuatu peranti serta boleh digunakan dalam hampir semua peranti dan mesin.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus menyaksikan kekuatan Sarawak dalam sektor semikonduktor apabila golongan muda diberi peluang untuk mereka bentuk, bereksperimen, menyelesaikan masalah dan mencipta.

"Kita mahu melangkah melangkaui sekadar menjadi pengguna teknologi. Kita mahu rakyat kita menjadi pereka IC, inovator, pemilik dan akhirnya, pengeluar teknologi. Sesebuah cip mungkin kecil saiznya, tetapi apa yang diwakilinya jauh lebih besar," katanya.

Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian pada Majlis Perasmian Sarawak Semiconductor Flagship Program di CENTEX Kuching, petang tadi.

Cip tersebut mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC SMD) 2025.

Back to top Arrow